Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan.....yang Ku Nantikan

Hari ini,1st day aku berpuasa di bulan Ramadhan....Alhamdulillah,tahun ni aku dapat puasa dengan family aku di rumah....Fuuhhhh! Lama betul aku tunggu saat ni, mana taknya,sejak aku sekolah asrama masa Form 4,aku tak dapat nak berbuka puasa dengan family,maklumlah...jauh daripada rumah.... Tapi,yang paling best,solat tarawih di masjid area rumah aku...alhamdulillah,walaupun solat tarawih dah start buat semalam lagi,tapi orang ramai berpusu-pusu untuk menunaikan solat tarawih yang hanya dilakukan di bulan Ramadhan...

Banyak kelebihan yang ada di bulan Ramadhan,penghulu segala bulan....Kita selalu dengar,bulan ini lah,pintu-pintu syurga akan terbuka seluas-luasnya,pintu-pintu neraka akan tertutup rapat-rapat,dan musuh kita yang paling nyata,SYAITAN akan dibelenggu...Pahala kita pula akan dilipat berganda-ganda...Jadi,aku nak ajak diri aku dengan members untuk tambahkan amalan-amalan yang baik,kurangkan amalan-amalan yang buruk...

Monday, June 27, 2011

Irfan Makki ft. Maher Zain-I believe

Kawan-kawan pasti pernah mendengar siapa itu Maher Zain tapi mungkin ada yg kurang mengenali siapa itu IRFAN MAKKI?, Kalau nak kenal Irfan Makki,ni laman web facebooknya,
http://www.facebook.com/IrfanMakki ... Suaranya yang unik menyebabkan lagu ni sedap didengar. Walaupun lagu ini berbahasa Inggeris,tapi jika dihayati lagu ini,siapakan yang dimaksudkan oleh Irfan Makki dan Maher Zain? Ce fikir Ce fikir.... Ini adalah liriknya...

IRFAN MAKKI
When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you
He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day
Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

MAHER ZAIN
Coz I believe
In a man who used to be

So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day

Chorus
If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through
I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace
Chorus
I believe I believe, I believe I believe
Lyrics: Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki
Melody: Irfan Makki & Maher Zain Arrangement: Maher Zain







video
JOM Dengar Lagu ni MOLEK-MOLEK! Selamat mendengar.....

Wednesday, May 25, 2011

7 Pemuda "All Star" di Zaman Rasulullah s.a.w

Rasulullah s.a.w menyampaikan dakwahnya kepada para sahabat tidak kira daripada kalangan Muhajirin atau Ansar,mereka adalah golongan yang diredhai oleh Allah dan Allah pun meredhai mereka .

Sahabat-sahabat ini sentiasa bersama-sama membantu Rasulullah dalam menegakkan kalimah tauhid di seantero dunia...Mereka ini juga adalah graduan daripada universiti Nabawi,mendapat tarbiyyah secara langsung daripada Rasulullah yang dikasihi. Kebanyakan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w adalah dalam kalangan pemuda..

Kita kenali dulu secara ringkas 7 Pemuda "All Star" yang menjadi idaman para pemuda hari ini agar bisa dijadikan sebagai contoh tauladan :

1) Bilal bin Rabah
  • Pemuda Habsyah yang menjadi hamba kepada Umayyah bin Khalaf hanya mampu berkata,"Ahad ! Ahad ! Ahad ! "(Allah yang Maha Esa) walau disiksa dengan berat namun akidahnya tidak goyah...
  • Selepas dimerdekakan oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq,beliau menjadi mua'zzin pertama dalam sejarah Islam
  • Sentiasa bersama Rasulullah dalam peperangan
  • Rasulullah s.a.w pernah mendengar bunyi tapak selipar Bilal di syurga kerana beliau sentiasa menjaga wuduknya.
  • Umar ibn Al-Khattab al-Faruq berkata : "Abu Bakar adalah tuan kami dan memerdekakan tuan kami(BILAL) ."
2) Mus'ab bin Umair
  • Pemuda idaman wanita Makkah yang memiliki harta yang banyak,keluarga yang menyayanginya,rupa yang menawan hati tetapi rela meninggalkannya demi cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya.
  • Disiksa oleh ibu bapanya dengan mengikatnya dengan tali dan dicampakkan ke penjara yang gelap,namun tetap dengan pendiriannya untuk terus berada dalam agama Islam.
  • Pernah berhijrah ke Habsyah sebanyak dua kali dan apabila beliau pulang ke Makkah,Rasulullah s.a.w sedih dengan perubahan dirinya yang telah kurus dan berpakaian daripada benang kasar.
  • Menjadi duta pertama dalam sejarah Islam apabila dihantar oleh Rasulullah s.a.w ke Madinah untuk mengajar Al-Qur'an dan Islam kepada penduduk di sana
  • Pemegang panji Islam ketika peperangan Uhud dan beliau gugur syahid dalam peperangan itu.Ketika mahu ditutup jenazahnya,kain yang menutup badannya tidak cukup sehingga nampak kakinya dan tangannya..
3) Abdullah bin Mas'ud
  • Seorang pengembala kambing ketika waktu remajanya menjadi seorang yang pemuda yang suka menuntut ilmu setelah dikenal pasti kejujurannya dalam bekerja oleh Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar As-Siddiq
  • Pernah dibelasah oleh orang-orang Quraisy di hadapan Kaabah selepas memeluk Islam dengan membaca ayat-ayat Al-Qur'an dengan suara yang lantang
  • Berjaya memenggal kepala Fir'aun pada zaman Rasulullah s.a.w,Abu Jahal dalam peperangan Badar.
  • Antara 4 orang yang disebut oleh Rasulullah s.a.w sebagai orang yang mahir dalam Al-Qur'an,"Pelajarilah Al-Qur'an daripada 4 orang ini iaitu,Abdullah bin Mas'ud,Salim Maula Abi Huzaifah,Ubai bin Ka'ab dan Mu'az bin Jabal "
4) Mu'az bin Jabal

  • Memeluk Islam di tangan Mus'ab bin Umair,duta pertama dalam sejarah Islam.
  • Pemuda yang sentiasa dahagakan ilmu dan Rasulullah s.a.w memujinya sebagai orang yang paling alim tentang halal dan haram
  • Dihantar oleh Rasulullah s.a.w untuk menjadi duta di Yaman,lalu Rasulullah s.a.w mengujinya dan beliau melepasi ujian itu, lalu Rasulullah menepuk dada Mu'az bin Jabal dan mengucapkan syukur kepada Allah.
  • Antara 4 orang yang disebut oleh Rasulullah s.a.w sebagai orang yang mahir dalam Al-Qur'an,"Pelajarilah Al-Qur'an daripada 4 orang ini iaitu,Abdullah bin Mas'ud,Salim Maula Abi Huzaifah,Ubai bin Ka'ab dan Mu'az bin Jabal " .
5) Anas bin Malik
  • Menjadi khadam(pembantu) kepada Rasulullah s.a.w pada usia 10 tahun
  • Sentiasa bersama Rasulullah s.a.w sama ada di dalam rumah mahupun di luar rumah
  • Antara sahabat yang banyak meriwayatkan hadith Rasulullah s.a.w selain Abu Hurairah r.a
  • Berkat doa Rasulullah s.a.w , Anas dikurniakan oleh Allah s.w.t umur yang panjang iaitu lebih dari 100 tahun,diberikan harta yang banyak dan dikurniakan zuriat yang ramai.
6) Abdullah bin 'Abbas(Ibn Abbas)
  • Mendapat tarbiyyah secara langsung daripada Rasulullah s.a.w dan semasa Rasulullah s.a.w wafat,beliau antara sahabat-sahabat yang belum menjangkau usia remaja lagi
  • Berkat doa Rasulullah s.a.w,beliau menjadi seorang alim dalam pelbagai bidang seperti Tafsir Al-Qur'an,Hukum-hukum agama dan lain-lain lagi
  • Seorang pemuda yang muda usianya tetapi tua ilmunya disebabkan luasnya pengetahuan beliau dalam ilmu-ilmu agama.
7) Zaid bin Thabit
  • Ditugaskan oleh Sayyidina Umar Al-Khattab untuk mengumpulkan kepingan-kepingan yang mengandungi ayat-ayat Al-Qur'an dan dijadikan dalam satu mushaf walaupun pada mulanya dia tidak mahu untuk melakukan tugas itu kerana itu adalah amanah yang terlalu berat untuk dirinya.
  • Salah seorang penulis Al-Qur'an ketika pemerintahan Sayyidina Uthman Al-Affan.
  • Mampu belajar bahasa Yahudi hanya dalam beberapa minggu sahaja.


Monday, May 23, 2011

U smile !

Senyum....
Tak perlu kata apa-apa
Senyum....
Tak perlu kata apa-apa

Selalu tak kita dengar lagu ni kat corong-corong radio atau dalam mp3 kita? Lagu ni tengah top sekarang...kat mana-mana stesyen radio selalu putar lagu ni je...Cakap je radio mana? Semua ada...Tapi saya bukan nak cerita pasal lagu Malique ft. Najwa ni...Tapi saya nak cakap pasal satu benda yang nampak simple tapi ianya mampu mencairkan hati-hati kita semua...APA DIA?

Senyum!

Kalau kita selalu dapat perkara-perkara yang menggembirakan kita,kita tersenyum sampai ke telinga.....Mesti member-member kita,family kita akan tanya,"Apahal kau ni?Tersenyum je memanjang! "
Macam ni agaknya kita senyum bila dapat sesuatu yang menggembirakan kita...

Tapi senyuman yang paling manis sekali ialah apabila seseorang ditimpa dengan masalah dan musibah yang berat,tetapi dia masih boleh tersenyum dan dikatakan dalam hatinya,"Aku redha dengan musibah ini.."

Bukan mudah untuk menunjukkan senyuman apabila kita menghadapi kesusahan.Kadang-kadang tu,kita marah,maki hamun dan suka menyalahkan takdir..Pernah tak tengok ada tak orang yang lebih susah daripada kita tapi hidupnya bahagia dan sentiasa tersenyum? Lu pikirlah sendiri....Tak kan saya nak jawabkan..

Rasulullah s.a.w mempunyai senyuman yang paling manis sehingga menampakkan giginya yang putih bersinar...Senyumannya boleh membuatkan hati kawan dan lawan tenang,sehingga Baginda bersabda bahawa senyuman kepada orang lain adalah satu sedekah..

Jadi,senyumlah kita walaupun kita menghadapi kesulitan yang amat berat kerana setiap masalah yang kita hadapi itu bersamanya ada kemudahan sepertimana firman Allah s.w.t :

(6)فإن مع العسر يسرا
(7)إن مع العسر يسرا
Maka,sesungguhnya bersama setiap kesenangan itu ada kemudahan.
Dan sesungguhnya bersama setiap kesenangan itu ada kemudahan.





Sunday, February 13, 2011

Cinta....oh Cinta!! Di mana kau,CINTA?

Perkataan "cinta" mempunyai pengertian yang sangat luas dalam konteks Islam. Boleh jadi cinta itu kepada Allah,Rasul-Nya,ibu bapa,guru-guru,para alim ulama,atau saudara-saudara seiman kita.. Tahukah anda? Bahawa cinta kepada Allah dan Rasul-Nya adalah puncak segala cinta. Kalau tak ada perasaan cinta kepada Allah,macam mana nak buat ape yg disuruh dan tinggalkan larangan-Nya dengan ikhlas ? Betul tak? Jawab dalam hati,tak payah kat bagitau kat saya ye...

Sahabat-sahabat!!

Sebenarnya,Islam itu sendiri adalah agama CINTA. Selalu kita dengar soalan-soalan macam ni :
1)Yeke? 
2)Kenapa pulak ek? 
3)Ada bukti ke?

 Nak tahu sebab-sebabnya!

1) Islam mengajar kita untuk mencintai Allah dan Rasul-Nya sebagai asas kepada akidah yang betul(Al-Aqidah As-Salimah).Tidak salah untuk mencintai sesama manusia,atau mencintai tanah air tetapi jangan sampai melebihi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya...Natijahnya,KEMURKAAN ALLAH kita akan dapat jika kita buat sedemikin rupa. Firman Allah :

"Katakanlah : Jika bapa-bapamu,anak-anakmu,saudara-saudaramu,para isterimu,keluargamu,harta kekayaan yang kamu usahakan,perniagaan yang kamu khuatir akan kerugiannya,dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu suka,lebih daripada kamu mencintai Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya,maka tunggulah keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik."
(Surah At-Taubah :29)


2)Islam juga mengajar kita untuk mencintai Rasulullah s.a.w dengan mengikuti segala sunnahnya,memperbanyak selawat kepadanya agar mendapat syafaat daripada Baginda s.a.w.

Firman Allah :
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi.Wahai orang-orang yang beriman,berselawatlah ke atasnya serta ucapkanlah salam kepadanya dengan penuh penghormatan."
(Surah Al-Ahzab :56)