Wednesday, May 25, 2011

7 Pemuda "All Star" di Zaman Rasulullah s.a.w

Rasulullah s.a.w menyampaikan dakwahnya kepada para sahabat tidak kira daripada kalangan Muhajirin atau Ansar,mereka adalah golongan yang diredhai oleh Allah dan Allah pun meredhai mereka .

Sahabat-sahabat ini sentiasa bersama-sama membantu Rasulullah dalam menegakkan kalimah tauhid di seantero dunia...Mereka ini juga adalah graduan daripada universiti Nabawi,mendapat tarbiyyah secara langsung daripada Rasulullah yang dikasihi. Kebanyakan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w adalah dalam kalangan pemuda..

Kita kenali dulu secara ringkas 7 Pemuda "All Star" yang menjadi idaman para pemuda hari ini agar bisa dijadikan sebagai contoh tauladan :

1) Bilal bin Rabah
  • Pemuda Habsyah yang menjadi hamba kepada Umayyah bin Khalaf hanya mampu berkata,"Ahad ! Ahad ! Ahad ! "(Allah yang Maha Esa) walau disiksa dengan berat namun akidahnya tidak goyah...
  • Selepas dimerdekakan oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq,beliau menjadi mua'zzin pertama dalam sejarah Islam
  • Sentiasa bersama Rasulullah dalam peperangan
  • Rasulullah s.a.w pernah mendengar bunyi tapak selipar Bilal di syurga kerana beliau sentiasa menjaga wuduknya.
  • Umar ibn Al-Khattab al-Faruq berkata : "Abu Bakar adalah tuan kami dan memerdekakan tuan kami(BILAL) ."
2) Mus'ab bin Umair
  • Pemuda idaman wanita Makkah yang memiliki harta yang banyak,keluarga yang menyayanginya,rupa yang menawan hati tetapi rela meninggalkannya demi cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya.
  • Disiksa oleh ibu bapanya dengan mengikatnya dengan tali dan dicampakkan ke penjara yang gelap,namun tetap dengan pendiriannya untuk terus berada dalam agama Islam.
  • Pernah berhijrah ke Habsyah sebanyak dua kali dan apabila beliau pulang ke Makkah,Rasulullah s.a.w sedih dengan perubahan dirinya yang telah kurus dan berpakaian daripada benang kasar.
  • Menjadi duta pertama dalam sejarah Islam apabila dihantar oleh Rasulullah s.a.w ke Madinah untuk mengajar Al-Qur'an dan Islam kepada penduduk di sana
  • Pemegang panji Islam ketika peperangan Uhud dan beliau gugur syahid dalam peperangan itu.Ketika mahu ditutup jenazahnya,kain yang menutup badannya tidak cukup sehingga nampak kakinya dan tangannya..
3) Abdullah bin Mas'ud
  • Seorang pengembala kambing ketika waktu remajanya menjadi seorang yang pemuda yang suka menuntut ilmu setelah dikenal pasti kejujurannya dalam bekerja oleh Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar As-Siddiq
  • Pernah dibelasah oleh orang-orang Quraisy di hadapan Kaabah selepas memeluk Islam dengan membaca ayat-ayat Al-Qur'an dengan suara yang lantang
  • Berjaya memenggal kepala Fir'aun pada zaman Rasulullah s.a.w,Abu Jahal dalam peperangan Badar.
  • Antara 4 orang yang disebut oleh Rasulullah s.a.w sebagai orang yang mahir dalam Al-Qur'an,"Pelajarilah Al-Qur'an daripada 4 orang ini iaitu,Abdullah bin Mas'ud,Salim Maula Abi Huzaifah,Ubai bin Ka'ab dan Mu'az bin Jabal "
4) Mu'az bin Jabal

  • Memeluk Islam di tangan Mus'ab bin Umair,duta pertama dalam sejarah Islam.
  • Pemuda yang sentiasa dahagakan ilmu dan Rasulullah s.a.w memujinya sebagai orang yang paling alim tentang halal dan haram
  • Dihantar oleh Rasulullah s.a.w untuk menjadi duta di Yaman,lalu Rasulullah s.a.w mengujinya dan beliau melepasi ujian itu, lalu Rasulullah menepuk dada Mu'az bin Jabal dan mengucapkan syukur kepada Allah.
  • Antara 4 orang yang disebut oleh Rasulullah s.a.w sebagai orang yang mahir dalam Al-Qur'an,"Pelajarilah Al-Qur'an daripada 4 orang ini iaitu,Abdullah bin Mas'ud,Salim Maula Abi Huzaifah,Ubai bin Ka'ab dan Mu'az bin Jabal " .
5) Anas bin Malik
  • Menjadi khadam(pembantu) kepada Rasulullah s.a.w pada usia 10 tahun
  • Sentiasa bersama Rasulullah s.a.w sama ada di dalam rumah mahupun di luar rumah
  • Antara sahabat yang banyak meriwayatkan hadith Rasulullah s.a.w selain Abu Hurairah r.a
  • Berkat doa Rasulullah s.a.w , Anas dikurniakan oleh Allah s.w.t umur yang panjang iaitu lebih dari 100 tahun,diberikan harta yang banyak dan dikurniakan zuriat yang ramai.
6) Abdullah bin 'Abbas(Ibn Abbas)
  • Mendapat tarbiyyah secara langsung daripada Rasulullah s.a.w dan semasa Rasulullah s.a.w wafat,beliau antara sahabat-sahabat yang belum menjangkau usia remaja lagi
  • Berkat doa Rasulullah s.a.w,beliau menjadi seorang alim dalam pelbagai bidang seperti Tafsir Al-Qur'an,Hukum-hukum agama dan lain-lain lagi
  • Seorang pemuda yang muda usianya tetapi tua ilmunya disebabkan luasnya pengetahuan beliau dalam ilmu-ilmu agama.
7) Zaid bin Thabit
  • Ditugaskan oleh Sayyidina Umar Al-Khattab untuk mengumpulkan kepingan-kepingan yang mengandungi ayat-ayat Al-Qur'an dan dijadikan dalam satu mushaf walaupun pada mulanya dia tidak mahu untuk melakukan tugas itu kerana itu adalah amanah yang terlalu berat untuk dirinya.
  • Salah seorang penulis Al-Qur'an ketika pemerintahan Sayyidina Uthman Al-Affan.
  • Mampu belajar bahasa Yahudi hanya dalam beberapa minggu sahaja.


No comments: