Tuesday, July 21, 2009

Aku Dan Cuti!!!

Bosannya cuti ini...Kenapa aku rasa bosan je stiap kali cuti????Orang patutnya bila dengar je cuti,gembira gila sebab nak jmpa parents la,nak hangout dengan member2,ada tu nak bwt business!!!!Tapi,aku duk rumah je stiap kali cuti!!!!STRESS aKU!!Tolong!aku dah x tahan duk rumah!Asyik buat benda yg sama je..main game,tengok tv,surf internet,makan dan tido..tu je aktiviti yang aku buat kalau cuti2 macam ini.

Ya Allah!!tolonglah hambamu ini..aku x tau nak buat ape.Bagi satu idea untuk aku dapat rasa cuti2 aku ni best dan bermanfaat!Dah lah cuti kena selsema,rimas aku macam ini. Tapi,x pelah...aku dapat cuti ini pun kira bersyukur jugak sebab bila habis cuti ini,banyak assignment kena buat...Dah tu,kena tasmi' dengan lecturer,dua surah pulak tu!!!Surah Ali-Imran dengan Surah Maryam..But the problem is,ingatan aku ini bukan lah kuat sangat untuk hafal tapi bila dengar member2 aku yg hafiz,diaorang kata hafal Quran senang tapi nak bagi lekat kat kepala otak tu susah sebab nak kena selalu mengulang hafalan tu..Kalau tak,lupa terus!!



Wednesday, May 20, 2009

Sultan Muhammad Al-Fatih,Penakluk Konstantinopel




Ermm.....Konstantinopel atau nama sekarangnya Istanbul,salah satu bandar di Turki yang pernah menjadi idaman semua kuasa besar seperti empayar kerajaan Islam dan lain-lain.Tapi,akhirnya Konstantinopel ditawan oleh tentera Islam.Siapakah pemimpin yang terbaik yang memimpin tentera-tenteranya yang seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W itu??Kota Konstantinopel adalah satu kawasan yang dijajah oleh kerajaan Rom.Kedudukannya yang strategik iaitu antara Eropah dengan Asia menyebabkan ramai kuasa dan empayar besar menginginkannya sebagai jajahan mereka.



Rasulullah S.A.W bersabda:
"Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam.Pemimpinnya yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawahnya adalah sebaik-baik pasukan."(Hadis Riwayat Ahmad)



Hadis itu merujuk kepada Sultan Muhammad Al-Fatih,salah seorang pemimpin Daulah Turki Uthmaniyyah dan tentera-tenteranya berada di bawahnya pimpinannya.Baginda telah menaiki takhta pada usia yang begitu muda iaitu 19 tahun setelah kemangkatan ayahandanya yang tercinta,Sultan Murad II.Baginda telah dididik dengan ilmu agama dan peperangan serta dilatih untuk hidup dalam keadaan sederhana.Pada usianya yang begitu muda dan mentah ketika baginda menaiki takhta,baginda sudah arif dengan taktik-taktik kotor yang digunakan oleh musuh-musuh.



Siri penaklukan Kota Konstantinopel bermula apabila Saidina Ali Bin Abi Talib,khalifah ke-4 dari Khulafa' Ar-Rasyidin pada tahun 34 Hijrah.Muawiyah Bin Abi Sufian pula mencuba untuk menakluk Konstantinopel pada tahun 84 Hijrah tetapi gagal.Sultan Sulaiman pada tahun 91 Hijrah,Khalifah Harun Ar-Rasyid pada tahun 165 Hijrah dan Sultan Beyazid pula tahun 1391,1397 dan 1400 Masihi tetapi semuanya menemui jalan buntu.Akhirnya,20 JamadilAwal 857 Hijrah bersamaan 29hb. Mei 1435 menjadi tarikh yang bersejarah bagi umat Islam seluruhnya apabila Kota Konstantinopel berjaya ditawan oleh baginda pada usia 21 tahun.



Cuba kita bayangkan,seorang pemerintah yang muda seperti Sultan Muhammad Al-Fatih yang boleh dikatakan menjadi seorang pemuda Islam yang telah ditanam dengan sifat-sifat terunggul mampu menakluk kota yang teguh berdiri dengan kubu-kubu berada di sekeliling kota itu.Bayangkan,kalau remaja-remaja zaman sekarang,usia seperti baginda iaitu 21 tahun itu,agak-agaknya apa yang dilakukan oleh mereka pada usia itu???


Jadi,kalaulah kita mampu mencontohi baginda dengan sifat-sifat yang ada dalam dirinya.Bertuahnya diri kita ini.Cuba kita hayati maksud kata-kata yang dikeluarkan oleh salah seorang pemimpin dari Indonesia:


"Berikan aku 10 pemuda dari kalangan kamu,pastinya mereka akan gegarkan dunia ini."



Tiba-tiba,teringat pula satu lirik nasyid yang dipopularkan oleh kumpulan AlarmMe.....ADAKAH KAU LUPA???Itulah tajuk liriknya.


Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa
Memayungi dua pertiga dunia
Merentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan


Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang


Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah

Monday, May 18, 2009

Generasi Rabbani

Satu generasi yang sangat ditakuti oleh golongan kafir…iaitu generasi Rabbani di kalangan umat Islam. Apa generasi Rabbani ini? Generasi Rabbani ialah generasi yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. Firman Allah dalam surah Ali Imran, surah 3 ayat 79:

Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.

Generasi inilah yang menyebabkan umat Islam hebat di suatu masa dahulu. Generasi para sahabat dan para tabiin dan tabi’ tabiin..yang kini sudah semakin hilang.

Mengapa generasi ini hilang? Ini semua adalah angkara kafir laknatullah..mereka telah menjauhkan umat Islam sekarang dengan menanamkan penyakit yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. yang akan menjangkiti umat akhir zaman..iaitu cintakan dunia dan takutkan mati. Mereka telah menanamkan penyakit ini dgn menggunakan teknologi-teknologi terkini dan pelbagai alat hiburan. Tv, radio, internet dan media massa adalah antara alat-alat yang digunakan. Mereka memang ingin melenyapkan generasi ini sebagaimana firman Allah dalam surah ke-41 ayat ke-26:

Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan Al Qur'an ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mereka).

Inilah yang menyebabkan umat Islam sekarang lemah. Kalau dulu Islam sangat disanjungi,dihormati dan digeruni..tetapi sekarang umat Islam disembelih sesuka hati. Dulu para sahabat cintakan akhirat, sanggup mati demi agama untuk syahid mendapatkan syurga.Inilah yang menyebabkan mereka hebat. Hanya takut kepada Allah, terbalik dengan Umat Islam sekarang.

Umat Islam sekarang,cinta dunia. Hidup mereka hanya untuk dunia. Takut untuk mati kerana takut kehilangan dunia yang kononnya indah di pandangam mata mereka. Kerana itu, mereka takut untuk menegakkan kebenaran,takut untuk mengamalkan sunnah, takut untuk mengamalkan Islam yang sebenar. Mereka takut, jika mereka melakukan semua ini, mereka akan kehilangan harta, pangkat, pekerjaan dan juga rezeki. Para ustaz dan ustazah takut untuk menegur kerajaan kerana takut dipecat, orang takut mengamalkan sunnah kerana takut digelar pengganas. Secara ringkasnya,mereka takut kepada manusia! Bukan Allah, pencipta manusia!

Sedarlah umat Islam..agama kita sekarang diperlekeh orang..mereka menghina nabi..membunuh rakyat Palestin, Iraq dan banyak lagi umat Islam di serata dunia. Mereka disiksa dan dibunuh dengan kejam. Tetapi kita di sini hidup dengan aman tanpa sebarang tekanan. Bebas mengamalkan agama Islam tercinta ini.

Tetapi benarkah Islam di Malaysia ini selamat? Jika rakyat palestin dan iraq menentang dan mati,insya-Allah mereka akan syahid dan masuk syurga. Tetapi bayangkan jika kiamat tiba-tiba berlaku,apakah umat Islam di Malaysia akan terselamat dan masuk syurga seperti mereka? Fikirkanlah…