Monday, December 27, 2010

Mirwana-Inni Akhafullah(Sesungguhnya Aku takutkan Allah)



Akan ku lari jauh-jauh untuk menghindarkan diri 

Kerna aku takut akan seksaan dari Tuhanku


Sukarnya diriku mengerti dirimu

Pada nilai dan harga dirimu
Apa yang ku tahu diriku teruji 
Dengan keanggunan wajahmu



Andai dikau menjelma 

Ku bagai tak berdaya

Bergetar naluri di hati
Lambaian sang bidadari
Kaburi mata ini
Haruskah ku mencari 
Apa yang tidak pasti



Ku menjauh...tak mahu ku tempuhi

Perjalanan yang suram ini 

Ku menjauh...daripada ku teruji
Apa yang tidak pasti
Andai dikau menjelma 
Ku bagai tak berdaya
Bergetar naluri di hati
Lambaian sang bidadari
Kaburi mata ini
Haruskah ku mencari 
Apa yang tidak pasti


Sukarnya diriku mengerti dirimu

Pada nilai dan harga dirimu

Apa yang ku tahu diriku teruji 
Pada keanggunan wajahmu


Dikala kau menjelma 

Ku bagai tak berdaya

Bergetar naluri di hati
Senyuman sang bidadari
Kaburi mata ini
Haruskah ku mencari 
Apa yang tidak pasti



Akan ku lari jauh-jauh untuk menghindarkan diri 

Kerna aku takut akan seksaan dari Tuhanku...


Ku lari jauh..jauh darimu...dari ujian ini...
Inni akhofullah!!! (Aku takutkan Allah)


Wednesday, December 22, 2010

Hafaz vs Faham...Mana Lagi Baik?

Kisah Imam Al-Ghazali :    
Setelah bertahun-tahun belajar,akhirnya pada tahun 470 H, Imam Al-Ghazali berhasrat untuk pulang ke kampung halamannya.Beliau menyusun dan mengumpulkan catatan-catatannya lalu mengikut kafilah yang akan pergi ke kampungnya.Di tengah-tengah perjalanannya,kafilah itu dihalang oleh sekumpulan perompak.Mereka mengambil setiap barang yang ditemui.  
    
   Ketika melihat barang-barang yang dibawa oleh Imam Al-Ghazali,beliau berkata kepada perompak tersebut,"Kalian boleh ambil semua barang-barangku tapi tolong jangan ambil yang satu ini." Perompak pun menyangka bahawa pasti itu adalah barang-barang yang bernilai.Secepat kilat mereka merebut dan membukanya.Mereka tidak menemui apa-apa melainkan lembaran kertas-kertas yang hitam.

   "Apa ini?Untuk apa engkau menyimpannya?" tanya perompak itu. "Itulah barang-barangku yang tidak berguna untuk kalian tapi berguna kepada aku."jawabnya.
    
   "Apa gunanya?"tanya perompak itu lagi.Beliau menjawab,"Ini adalah hasil pelajaranku selama beberapa tahun.Jika kalian merampasnya dari aku,maka ilmuku akan lupus begitu sahaja dan sia-sia saja usahaku selama ini."

"Hanya itu sahajakah ilmu kamu yang kamu ada?"tanya salah seorang perompak itu."Ya." kata Imam Al-Ghazali.

"Ilmu yang disimpan di dalam bungkusan itu dan dapat dicuri itu sebenarnya bukanlah ilmu.Fikirkan nasibmu baik-baik."nasihat si perompak itu.

Ternyata nasihat perompak itu benar-benar memberi kesan kepada Imam Al-Ghazali.Beliau yang sampai saat itu masih berfikir untuk sekadar mengikut dan mencatat ilmunya di buku-buku catatan sahaja,seketika itu berubah fikiran yakni berusaha melatih otaknya lebih banyak,mengkaji dan menganalisis lalu menyimpan ilmu-ilmu tersebut di dalam 'buku otaknya'.

Imam Al-Ghazali berkata: "Sebaik-baik nasihat yang membimbing kehidupan pembelajaranku adalah nasihat yang ku dengar dari seorang perompak."

Renung-renungkan dan Selamat Beramal!

Sumber dari "Lembaran Hidup Ulama',Warisan Ilmuwan Islam" karya Muhammad Abdulloh Suradi.


Tuesday, December 21, 2010

Aku Budak Stylo!!!

"Amik kos ape?"tanya seorang pakcik kat M(bukan nama sebenar) student Pengajian Islam kat salah satu IPTA yg terkenal di Lembah Klang."Saya amik kos pengajian Islam tapi specialize dalam Fiqh dan Usul Fiqh...." jawab si M ni. "Ooo...budak agama la ye??hmm.....tapi tak nampak macam budak agama pun....Kau ni budak agama tapi pakaian tak melambangkan budak agama....rambut tajam-tajam,pakaian macam entah ape-ape je,macam mana kau nak jadi pemberi fatwa dan hukum kalau kau pakai macam ni?". M malu tertunduk bila dengar sindiran pakcik tu yang sungguh tajam..Agak-agak macam mana la si M ni pakai?



Macam ni kot si M pakai pada pandangan mata pakcik tadi....(Sekadar Gambar Hiasan)

Sebenarnya bukan nak cerita si M ni tapi nak timbulkan satu persoalan yang sering menjadikan student-student yang amik bidang agama dalam dilema.... "Salah ke aku pakai pakaian yang agak stylo macam mamat kat gambar atas ni?"

Kita kan tahu yang imej kita ni adalah cermin kepada diri kita yang sebenarnya.Orang akan pandang kepada imej kita baru dia tengok nilai-nilai murni dan ilmu-ilmu yang ada kat kita ni.Dalam erti kata yang senang,imej adalah first impression kepada diri kita. "X salah kan aku pakai macam ni??Lagipun tutup aurat kot! "

Memang tak salah pakai macam tu,tapi Islam ajarkan kita supaya sentiasa bersederhana dalam semua aspek kehidupan kita.Kalau nak pakai tengok keadaan lah,contohnya, kita pergi ke majlis ilmu agama tapi kita pakai macam nak pergi main bola.Sesuai tak? Memang tak sesuai !

Islam menyuruh kita untuk berpakaian yang menutup aurat.Tapi lagi cantik kalau kita pakai something yang kemas dan elok. Baru nampak Islam itu indah di mata setiap lapisan masyarakat.

Kita mesti pernah terdengar kata-kata masyhur dari Imam Ahmad bin Hanbal yang berbunyi :

....من تفقّه ولا تصوّف فقد تفسّق...من تصوّف ولا تفقّه فقد تذندق.... من تفقه و تصوّف فقد تحقق
Siapa yang belajar ilmu Fiqh tapi tidak belajar ilmu Tasawwuf,maka dia adalah fasik,
Siapa yang belajar ilmu Tasawwuf tapi tidak belajar ilmu Fiqh,maka dia akan sesat,
Siapa yang belajar ilmu Fiqh dan Tasawwuf,maka dia adalah benar.

Main point dia,kalau kita mahu jadi seorang yang alim dalam agama,maka kita perlu sentiasa menambahkan ilmu kita tapi pada masa yang sama,kita perlu menjaga sikap yang baik dan adab sebagai Muslim sejati....

Thursday, November 4, 2010

Final Exam

Jadual Exam yang sudah dan bakal dihadapi selepas ini :

1. Tahfiz Al-Quran (28/10)
2. Islamic Aqidah (Arabic) (1/11)
3. Dirasah fil Qur'an :Study of Al-Qur'an (8/11)
4. Madkhal ila al-Fiqh :Introduction to Fiqh (9/11)
5. Ulum al-Qur'an : Sciences of Al-Quran (10/11)
6. Fiqh Sirah : Reflection of Prophetic History (15/11)

Bayangkan dua exam sebelum ni, rasa macam ada je yang tak kena dengan jawapan yang aku bagi hari tu....Isy,geramnya aku sebab tak dapat buat yang terbaik tapi tak pe lah,benda yang dah lepas jangan dikenang lagi..Serahkan segalanya kepada Allah,yang penting aku dah berusaha untuk lakukan yang terbaik. Firman Allah: (فإذا عزمت فتوكل على الله إن الله يحب المتوكلين)

So,lepas ni,buat yang terbaik untuk ape???bukan untuk dapat result bagus tapi buatlah yang terbaik untuk bekalan di akhirat nanti.....iaitu ILMU YANG BERMANFAAT!!!!

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Menjelma Kembali!

Ramadan menjelang lagi!!!!Yeay!Rasa macam x sabar-sabar nak sambut HARI RAYA AIDILFITRI!!!Kalau dulu-dulu masa zaman kita kecil,mak akan kata,"Raya!Raya!Raya!Puasa pun puasa yangyok je...Kena puasa penuh satu bulan baru boleh raya,nanti boleh dpt duit raya!".Kalau siapa-siapa yang x taw puasa yangyok tu apa,tanya kat mak ayah ape dia. Hari ini dah masuk 9 Ramadan..Tahun ini,aku puasa di Gombak yang mana suasananya membuat aku rasa semangat untuk ibadat kepada Allah..Dengan suasana masjid yang dipenuhi dengan jemaah setiap masa,ada yang beriktikaf,ada yang buat solat-solat sunat,ada yang ambil kesempatan untuk membaca Al-Quran dan macam-macam lagi lah...Tak terkata diri ini apabila melihat mereka khusyuk beribadat kepada Allah..Rasa tenang je tengok diaorang ini..Kalau tengok kat Bazar Ramadan kat Convest Hill tu,ramai betul orang beli makan untuk berbuka....Tapi kadang-kadang rasa kelakar pun ada juga,mana taknya,beli makanan macam nak makan untuk sebulan...Isy2!!Kalau membazir kan x baik,sebab orang yang membazir dikira saudara-saudara syaitan.....Sepert firman Allah:{Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.}(Surah al-Isra':27)....Jadi,kalau nak beli makan tu,beli la ikut kemampuan dan kena sederhana dalam berbelanja tu.Sepanjang aku duduk kat Gombak,aku rasa aku berada kat oversea pula sebab kalau solat Tarawih,kita akan nampak macam-macam bangsa selain bangsa kita ini....Berada dalam satu saf yang lurus,menghadap kiblat yang satu,bersujud kepada Allah yang satu...Alangkah indahnya jika kita bersatu seperti itu apabila menghadapi musuh-musuh Allah pada suatu hari nanti....

Monday, June 28, 2010

Maher Zain-Palestine will be free

Every day we tell each other
That this day will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high
Deep in my heart I never have any doubt
That Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Taking away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye
What happened to our human rights?
What happened to the sanctity of life?
And all those other lies?
I know that I’m only a child
But is your conscience still alive

I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone and every tree
‘Cause no matter what they do
They can never hurt you
Coz your soul will always be free

Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

Tuesday, April 13, 2010

Golongan yang Istimewa.....

"Sesungguhnya zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir,orang miskin,amil(pengurus-pengurus) zakat,para mu'allaf yang dilembutkan hatinya,hamba-hamba sahaya,orang-orang yang berhutang,untuk jalan allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan,sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"(Surah At-Taubah:60)

Kenapa golongan mu'allaf antara golongan yang berhak mendapatkan harta zakat?Apakah keistimewaan golongan ini?

Mu'allaf adalah orang-orang yang baru memeluk Islam yang imannya masih lemah.Kagum dengan golongan ini yang telah mendapat hidayah dari Allah s.w.t,yang rela meninggalkan segala-galanya untuk berusaha mencari agama yang benar ini.Ada yang sanggup dibuang oleh ibu bapa kandung mereka sendiri,dihalau oleh keluarga sendiri,dipulaukan oleh kawan-kawan,kaum kerabat.Ada pula yang sanggup meninggalkan harta benda semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.Mereka tiada apa-apa melainkan dengan iman kepada Allah dan RasulNya.Diri ini kagum dengan ketabahan mereka untuk meneruskan hidup mereka ini dengan kesusahan dan kesabaran.

Teringat pula kisah perjuangan Rasulullah s.a.w dan para sahabat dalam menyebarkan risalahNya.Bagaimana mereka mahu menyebarkan Islam di kalangan kaum Arab Jahiliyyah?Pada ketika itu,Islam begitu asing sekali di pandangan kaum Arab Jahiliyyah.Mereka sanggup menyeksa,membunuh,memulaukan orang Islam.Mereka begitu berkuasa pada ketika itu.Tetapi Rasulullah dan para sahabatnya sabar dalam meneruskan penyebaran Islam yang akan menjadi teguh dan kuat dalam setiap hati orang-orang yang mencintai Allah dan Rasulnya.

Aku menjadi kagum dengan Mus'ab bin Umair yang sanggup meninggalkan harta kekayaaan dan keluarganya,Salman Al-Farisi yang sanggup mengembara dari Parsi untuk beriman kepada Allah dan RasulNya,Sa'ad bin Abi Waqqas yang sanggup meninggalkan ibunya yang mogok lapar dan tetap bertegas untuk tidak kembali kepada agama asalnya.Kalau itu di zaman Rasulullah s.a.w,bagaimana zaman sekarang?Tentu kita mendengar nama-nama seperti Malcolm X,seorang pemimpin Afrika-Amerika yang menuntut keadilan dan menentang diskriminasi,Muhammad Ali,seorang peninju yang handal di zamannya yang terkenal dengan cogan katanya"Fly like a bird,Sting like a bee..",Cat Stevens,seorang komposer dan penyanyi British yang mencari kebenaran,Nicholas Anelka,penyerang antarabangsa bola sepak pasukan Perancis dan ramai lagi.Mereka juga pernah mengalami kesusahan ketika mereka baru memeluk Islam dan masih terumbang-ambing tetapi dengan kesabaran mereka untuk mempertahankan iman mereka,mereka berjaya dalam bidang-bidang yang mereka ceburi.

Hati mu'allaf mereka sangat lembut sehingga diibaratkan seperti kulit bawang yang tipis dan boleh terkoyak bila-bila masa.Tetapi pada zaman sekarang,sedih melihat mereka ini dipinggirkan dari kita yang kebanyakkan telah beragama Islam.Bukankah orang mu'min itu bersaudara?Sanggupkah kita melihat mereka ini terus terjerumus ke lembah maksiat,hidup berseorangan dan dalam penuh ketakutan?Kasihan diri ini pabila mendengar ada dalam kalangan mereka yang dibelasah,dikeroyok,dibunuh dengan kejam hanya kerana mereka memeluk Islam?Ya Allah,mereka ini mati dalam mempertahankan iman kepadaMu,tempatkanlah mereka bersama orang-orang yang Engkau redhai.

Pada hari ini,diri ini ingin mengajak sahabat-sahabat dan saudara-saudaraku seakidah ini untuk membantu diri ini untuk membela nasib mereka ini.Mereka juga adalah saudara kita.Bukankah Rasulullah ada bersabda,
“Barangsiapa yang tidak memerhatikan (memikirkan) masalah kaum Muslimin, maka dia bukan dari golongan mereka”. ( Riwayat Baihaqi dari Anas r.a )