Wednesday, December 22, 2010

Hafaz vs Faham...Mana Lagi Baik?

Kisah Imam Al-Ghazali :    
Setelah bertahun-tahun belajar,akhirnya pada tahun 470 H, Imam Al-Ghazali berhasrat untuk pulang ke kampung halamannya.Beliau menyusun dan mengumpulkan catatan-catatannya lalu mengikut kafilah yang akan pergi ke kampungnya.Di tengah-tengah perjalanannya,kafilah itu dihalang oleh sekumpulan perompak.Mereka mengambil setiap barang yang ditemui.  
    
   Ketika melihat barang-barang yang dibawa oleh Imam Al-Ghazali,beliau berkata kepada perompak tersebut,"Kalian boleh ambil semua barang-barangku tapi tolong jangan ambil yang satu ini." Perompak pun menyangka bahawa pasti itu adalah barang-barang yang bernilai.Secepat kilat mereka merebut dan membukanya.Mereka tidak menemui apa-apa melainkan lembaran kertas-kertas yang hitam.

   "Apa ini?Untuk apa engkau menyimpannya?" tanya perompak itu. "Itulah barang-barangku yang tidak berguna untuk kalian tapi berguna kepada aku."jawabnya.
    
   "Apa gunanya?"tanya perompak itu lagi.Beliau menjawab,"Ini adalah hasil pelajaranku selama beberapa tahun.Jika kalian merampasnya dari aku,maka ilmuku akan lupus begitu sahaja dan sia-sia saja usahaku selama ini."

"Hanya itu sahajakah ilmu kamu yang kamu ada?"tanya salah seorang perompak itu."Ya." kata Imam Al-Ghazali.

"Ilmu yang disimpan di dalam bungkusan itu dan dapat dicuri itu sebenarnya bukanlah ilmu.Fikirkan nasibmu baik-baik."nasihat si perompak itu.

Ternyata nasihat perompak itu benar-benar memberi kesan kepada Imam Al-Ghazali.Beliau yang sampai saat itu masih berfikir untuk sekadar mengikut dan mencatat ilmunya di buku-buku catatan sahaja,seketika itu berubah fikiran yakni berusaha melatih otaknya lebih banyak,mengkaji dan menganalisis lalu menyimpan ilmu-ilmu tersebut di dalam 'buku otaknya'.

Imam Al-Ghazali berkata: "Sebaik-baik nasihat yang membimbing kehidupan pembelajaranku adalah nasihat yang ku dengar dari seorang perompak."

Renung-renungkan dan Selamat Beramal!

Sumber dari "Lembaran Hidup Ulama',Warisan Ilmuwan Islam" karya Muhammad Abdulloh Suradi.


No comments: