Tuesday, December 21, 2010

Aku Budak Stylo!!!

"Amik kos ape?"tanya seorang pakcik kat M(bukan nama sebenar) student Pengajian Islam kat salah satu IPTA yg terkenal di Lembah Klang."Saya amik kos pengajian Islam tapi specialize dalam Fiqh dan Usul Fiqh...." jawab si M ni. "Ooo...budak agama la ye??hmm.....tapi tak nampak macam budak agama pun....Kau ni budak agama tapi pakaian tak melambangkan budak agama....rambut tajam-tajam,pakaian macam entah ape-ape je,macam mana kau nak jadi pemberi fatwa dan hukum kalau kau pakai macam ni?". M malu tertunduk bila dengar sindiran pakcik tu yang sungguh tajam..Agak-agak macam mana la si M ni pakai?



Macam ni kot si M pakai pada pandangan mata pakcik tadi....(Sekadar Gambar Hiasan)

Sebenarnya bukan nak cerita si M ni tapi nak timbulkan satu persoalan yang sering menjadikan student-student yang amik bidang agama dalam dilema.... "Salah ke aku pakai pakaian yang agak stylo macam mamat kat gambar atas ni?"

Kita kan tahu yang imej kita ni adalah cermin kepada diri kita yang sebenarnya.Orang akan pandang kepada imej kita baru dia tengok nilai-nilai murni dan ilmu-ilmu yang ada kat kita ni.Dalam erti kata yang senang,imej adalah first impression kepada diri kita. "X salah kan aku pakai macam ni??Lagipun tutup aurat kot! "

Memang tak salah pakai macam tu,tapi Islam ajarkan kita supaya sentiasa bersederhana dalam semua aspek kehidupan kita.Kalau nak pakai tengok keadaan lah,contohnya, kita pergi ke majlis ilmu agama tapi kita pakai macam nak pergi main bola.Sesuai tak? Memang tak sesuai !

Islam menyuruh kita untuk berpakaian yang menutup aurat.Tapi lagi cantik kalau kita pakai something yang kemas dan elok. Baru nampak Islam itu indah di mata setiap lapisan masyarakat.

Kita mesti pernah terdengar kata-kata masyhur dari Imam Ahmad bin Hanbal yang berbunyi :

....من تفقّه ولا تصوّف فقد تفسّق...من تصوّف ولا تفقّه فقد تذندق.... من تفقه و تصوّف فقد تحقق
Siapa yang belajar ilmu Fiqh tapi tidak belajar ilmu Tasawwuf,maka dia adalah fasik,
Siapa yang belajar ilmu Tasawwuf tapi tidak belajar ilmu Fiqh,maka dia akan sesat,
Siapa yang belajar ilmu Fiqh dan Tasawwuf,maka dia adalah benar.

Main point dia,kalau kita mahu jadi seorang yang alim dalam agama,maka kita perlu sentiasa menambahkan ilmu kita tapi pada masa yang sama,kita perlu menjaga sikap yang baik dan adab sebagai Muslim sejati....

1 comment:

Admin said...

paie... memg stylo la ko.. aku sgt setuju dgn thread ko ni :)

teruskan berblog :)

ni blog aku : http://judin-perjalananhidup.blogspot.com