Wednesday, May 20, 2009

Sultan Muhammad Al-Fatih,Penakluk Konstantinopel




Ermm.....Konstantinopel atau nama sekarangnya Istanbul,salah satu bandar di Turki yang pernah menjadi idaman semua kuasa besar seperti empayar kerajaan Islam dan lain-lain.Tapi,akhirnya Konstantinopel ditawan oleh tentera Islam.Siapakah pemimpin yang terbaik yang memimpin tentera-tenteranya yang seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W itu??Kota Konstantinopel adalah satu kawasan yang dijajah oleh kerajaan Rom.Kedudukannya yang strategik iaitu antara Eropah dengan Asia menyebabkan ramai kuasa dan empayar besar menginginkannya sebagai jajahan mereka.



Rasulullah S.A.W bersabda:
"Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam.Pemimpinnya yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawahnya adalah sebaik-baik pasukan."(Hadis Riwayat Ahmad)



Hadis itu merujuk kepada Sultan Muhammad Al-Fatih,salah seorang pemimpin Daulah Turki Uthmaniyyah dan tentera-tenteranya berada di bawahnya pimpinannya.Baginda telah menaiki takhta pada usia yang begitu muda iaitu 19 tahun setelah kemangkatan ayahandanya yang tercinta,Sultan Murad II.Baginda telah dididik dengan ilmu agama dan peperangan serta dilatih untuk hidup dalam keadaan sederhana.Pada usianya yang begitu muda dan mentah ketika baginda menaiki takhta,baginda sudah arif dengan taktik-taktik kotor yang digunakan oleh musuh-musuh.



Siri penaklukan Kota Konstantinopel bermula apabila Saidina Ali Bin Abi Talib,khalifah ke-4 dari Khulafa' Ar-Rasyidin pada tahun 34 Hijrah.Muawiyah Bin Abi Sufian pula mencuba untuk menakluk Konstantinopel pada tahun 84 Hijrah tetapi gagal.Sultan Sulaiman pada tahun 91 Hijrah,Khalifah Harun Ar-Rasyid pada tahun 165 Hijrah dan Sultan Beyazid pula tahun 1391,1397 dan 1400 Masihi tetapi semuanya menemui jalan buntu.Akhirnya,20 JamadilAwal 857 Hijrah bersamaan 29hb. Mei 1435 menjadi tarikh yang bersejarah bagi umat Islam seluruhnya apabila Kota Konstantinopel berjaya ditawan oleh baginda pada usia 21 tahun.



Cuba kita bayangkan,seorang pemerintah yang muda seperti Sultan Muhammad Al-Fatih yang boleh dikatakan menjadi seorang pemuda Islam yang telah ditanam dengan sifat-sifat terunggul mampu menakluk kota yang teguh berdiri dengan kubu-kubu berada di sekeliling kota itu.Bayangkan,kalau remaja-remaja zaman sekarang,usia seperti baginda iaitu 21 tahun itu,agak-agaknya apa yang dilakukan oleh mereka pada usia itu???


Jadi,kalaulah kita mampu mencontohi baginda dengan sifat-sifat yang ada dalam dirinya.Bertuahnya diri kita ini.Cuba kita hayati maksud kata-kata yang dikeluarkan oleh salah seorang pemimpin dari Indonesia:


"Berikan aku 10 pemuda dari kalangan kamu,pastinya mereka akan gegarkan dunia ini."



Tiba-tiba,teringat pula satu lirik nasyid yang dipopularkan oleh kumpulan AlarmMe.....ADAKAH KAU LUPA???Itulah tajuk liriknya.


Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa
Memayungi dua pertiga dunia
Merentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan


Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang


Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah

No comments: