Monday, May 23, 2011

U smile !

Senyum....
Tak perlu kata apa-apa
Senyum....
Tak perlu kata apa-apa

Selalu tak kita dengar lagu ni kat corong-corong radio atau dalam mp3 kita? Lagu ni tengah top sekarang...kat mana-mana stesyen radio selalu putar lagu ni je...Cakap je radio mana? Semua ada...Tapi saya bukan nak cerita pasal lagu Malique ft. Najwa ni...Tapi saya nak cakap pasal satu benda yang nampak simple tapi ianya mampu mencairkan hati-hati kita semua...APA DIA?

Senyum!

Kalau kita selalu dapat perkara-perkara yang menggembirakan kita,kita tersenyum sampai ke telinga.....Mesti member-member kita,family kita akan tanya,"Apahal kau ni?Tersenyum je memanjang! "
Macam ni agaknya kita senyum bila dapat sesuatu yang menggembirakan kita...

Tapi senyuman yang paling manis sekali ialah apabila seseorang ditimpa dengan masalah dan musibah yang berat,tetapi dia masih boleh tersenyum dan dikatakan dalam hatinya,"Aku redha dengan musibah ini.."

Bukan mudah untuk menunjukkan senyuman apabila kita menghadapi kesusahan.Kadang-kadang tu,kita marah,maki hamun dan suka menyalahkan takdir..Pernah tak tengok ada tak orang yang lebih susah daripada kita tapi hidupnya bahagia dan sentiasa tersenyum? Lu pikirlah sendiri....Tak kan saya nak jawabkan..

Rasulullah s.a.w mempunyai senyuman yang paling manis sehingga menampakkan giginya yang putih bersinar...Senyumannya boleh membuatkan hati kawan dan lawan tenang,sehingga Baginda bersabda bahawa senyuman kepada orang lain adalah satu sedekah..

Jadi,senyumlah kita walaupun kita menghadapi kesulitan yang amat berat kerana setiap masalah yang kita hadapi itu bersamanya ada kemudahan sepertimana firman Allah s.w.t :

(6)فإن مع العسر يسرا
(7)إن مع العسر يسرا
Maka,sesungguhnya bersama setiap kesenangan itu ada kemudahan.
Dan sesungguhnya bersama setiap kesenangan itu ada kemudahan.





No comments: