Sunday, February 13, 2011

Cinta....oh Cinta!! Di mana kau,CINTA?

Perkataan "cinta" mempunyai pengertian yang sangat luas dalam konteks Islam. Boleh jadi cinta itu kepada Allah,Rasul-Nya,ibu bapa,guru-guru,para alim ulama,atau saudara-saudara seiman kita.. Tahukah anda? Bahawa cinta kepada Allah dan Rasul-Nya adalah puncak segala cinta. Kalau tak ada perasaan cinta kepada Allah,macam mana nak buat ape yg disuruh dan tinggalkan larangan-Nya dengan ikhlas ? Betul tak? Jawab dalam hati,tak payah kat bagitau kat saya ye...

Sahabat-sahabat!!

Sebenarnya,Islam itu sendiri adalah agama CINTA. Selalu kita dengar soalan-soalan macam ni :
1)Yeke? 
2)Kenapa pulak ek? 
3)Ada bukti ke?

 Nak tahu sebab-sebabnya!

1) Islam mengajar kita untuk mencintai Allah dan Rasul-Nya sebagai asas kepada akidah yang betul(Al-Aqidah As-Salimah).Tidak salah untuk mencintai sesama manusia,atau mencintai tanah air tetapi jangan sampai melebihi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya...Natijahnya,KEMURKAAN ALLAH kita akan dapat jika kita buat sedemikin rupa. Firman Allah :

"Katakanlah : Jika bapa-bapamu,anak-anakmu,saudara-saudaramu,para isterimu,keluargamu,harta kekayaan yang kamu usahakan,perniagaan yang kamu khuatir akan kerugiannya,dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu suka,lebih daripada kamu mencintai Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya,maka tunggulah keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik."
(Surah At-Taubah :29)


2)Islam juga mengajar kita untuk mencintai Rasulullah s.a.w dengan mengikuti segala sunnahnya,memperbanyak selawat kepadanya agar mendapat syafaat daripada Baginda s.a.w.

Firman Allah :
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi.Wahai orang-orang yang beriman,berselawatlah ke atasnya serta ucapkanlah salam kepadanya dengan penuh penghormatan."
(Surah Al-Ahzab :56)



No comments: