Rasulullah s.a.w menyampaikan dakwahnya kepada para sahabat tidak kira daripada kalangan Muhajirin atau Ansar,mereka adalah golongan yang diredhai oleh Allah dan Allah pun meredhai mereka .
Sahabat-sahabat ini sentiasa bersama-sama membantu Rasulullah dalam menegakkan kalimah tauhid di seantero dunia...Mereka ini juga adalah graduan daripada universiti Nabawi,mendapat tarbiyyah secara langsung daripada Rasulullah yang dikasihi. Kebanyakan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w adalah dalam kalangan pemuda..
Kita kenali dulu secara ringkas 7 Pemuda "All Star" yang menjadi idaman para pemuda hari ini agar bisa dijadikan sebagai contoh tauladan :
1) Bilal bin Rabah
- Pemuda Habsyah yang menjadi hamba kepada Umayyah bin Khalaf hanya mampu berkata,"Ahad ! Ahad ! Ahad ! "(Allah yang Maha Esa) walau disiksa dengan berat namun akidahnya tidak goyah...
- Selepas dimerdekakan oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq,beliau menjadi mua'zzin pertama dalam sejarah Islam
- Sentiasa bersama Rasulullah dalam peperangan
- Rasulullah s.a.w pernah mendengar bunyi tapak selipar Bilal di syurga kerana beliau sentiasa menjaga wuduknya.
- Umar ibn Al-Khattab al-Faruq berkata : "Abu Bakar adalah tuan kami dan memerdekakan tuan kami(BILAL) ."
2) Mus'ab bin Umair
- Pemuda idaman wanita Makkah yang memiliki harta yang banyak,keluarga yang menyayanginya,rupa yang menawan hati tetapi rela meninggalkannya demi cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya.
- Disiksa oleh ibu bapanya dengan mengikatnya dengan tali dan dicampakkan ke penjara yang gelap,namun tetap dengan pendiriannya untuk terus berada dalam agama Islam.
- Pernah berhijrah ke Habsyah sebanyak dua kali dan apabila beliau pulang ke Makkah,Rasulullah s.a.w sedih dengan perubahan dirinya yang telah kurus dan berpakaian daripada benang kasar.
- Menjadi duta pertama dalam sejarah Islam apabila dihantar oleh Rasulullah s.a.w ke Madinah untuk mengajar Al-Qur'an dan Islam kepada penduduk di sana
- Pemegang panji Islam ketika peperangan Uhud dan beliau gugur syahid dalam peperangan itu.Ketika mahu ditutup jenazahnya,kain yang menutup badannya tidak cukup sehingga nampak kakinya dan tangannya..
3) Abdullah bin Mas'ud
- Seorang pengembala kambing ketika waktu remajanya menjadi seorang yang pemuda yang suka menuntut ilmu setelah dikenal pasti kejujurannya dalam bekerja oleh Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar As-Siddiq
- Pernah dibelasah oleh orang-orang Quraisy di hadapan Kaabah selepas memeluk Islam dengan membaca ayat-ayat Al-Qur'an dengan suara yang lantang
- Berjaya memenggal kepala Fir'aun pada zaman Rasulullah s.a.w,Abu Jahal dalam peperangan Badar.
- Antara 4 orang yang disebut oleh Rasulullah s.a.w sebagai orang yang mahir dalam Al-Qur'an,"Pelajarilah Al-Qur'an daripada 4 orang ini iaitu,Abdullah bin Mas'ud,Salim Maula Abi Huzaifah,Ubai bin Ka'ab dan Mu'az bin Jabal "
4) Mu'az bin Jabal
- Memeluk Islam di tangan Mus'ab bin Umair,duta pertama dalam sejarah Islam.
- Pemuda yang sentiasa dahagakan ilmu dan Rasulullah s.a.w memujinya sebagai orang yang paling alim tentang halal dan haram
- Dihantar oleh Rasulullah s.a.w untuk menjadi duta di Yaman,lalu Rasulullah s.a.w mengujinya dan beliau melepasi ujian itu, lalu Rasulullah menepuk dada Mu'az bin Jabal dan mengucapkan syukur kepada Allah.
- Antara 4 orang yang disebut oleh Rasulullah s.a.w sebagai orang yang mahir dalam Al-Qur'an,"Pelajarilah Al-Qur'an daripada 4 orang ini iaitu,Abdullah bin Mas'ud,Salim Maula Abi Huzaifah,Ubai bin Ka'ab dan Mu'az bin Jabal " .
- Menjadi khadam(pembantu) kepada Rasulullah s.a.w pada usia 10 tahun
- Sentiasa bersama Rasulullah s.a.w sama ada di dalam rumah mahupun di luar rumah
- Antara sahabat yang banyak meriwayatkan hadith Rasulullah s.a.w selain Abu Hurairah r.a
- Berkat doa Rasulullah s.a.w , Anas dikurniakan oleh Allah s.w.t umur yang panjang iaitu lebih dari 100 tahun,diberikan harta yang banyak dan dikurniakan zuriat yang ramai.
- Mendapat tarbiyyah secara langsung daripada Rasulullah s.a.w dan semasa Rasulullah s.a.w wafat,beliau antara sahabat-sahabat yang belum menjangkau usia remaja lagi
- Berkat doa Rasulullah s.a.w,beliau menjadi seorang alim dalam pelbagai bidang seperti Tafsir Al-Qur'an,Hukum-hukum agama dan lain-lain lagi
- Seorang pemuda yang muda usianya tetapi tua ilmunya disebabkan luasnya pengetahuan beliau dalam ilmu-ilmu agama.
7) Zaid bin Thabit
- Ditugaskan oleh Sayyidina Umar Al-Khattab untuk mengumpulkan kepingan-kepingan yang mengandungi ayat-ayat Al-Qur'an dan dijadikan dalam satu mushaf walaupun pada mulanya dia tidak mahu untuk melakukan tugas itu kerana itu adalah amanah yang terlalu berat untuk dirinya.
- Salah seorang penulis Al-Qur'an ketika pemerintahan Sayyidina Uthman Al-Affan.
- Mampu belajar bahasa Yahudi hanya dalam beberapa minggu sahaja.